1) Berputar pada paksinya.
- Menyaksikan bahawa bumi berputar pada paksinya dari arah timur ke barat. Bagi menghasilkan satu putaran yang sempurna, ia mengambil masa selama sehari.
2) Beredar dalam garisan orbitnya.
-
Menyaksikan bumi beredar mengelilingi matahari dari arah timur ke barat
pada garisan orbitnya.Bagi menghasilkan satu peredaran putaran yang
sempurna ianya mengambil masa selama setahun.
Terdapat
banyak pandangan dan persepsi mengenai pergerakan bumi.Ketika penrunan
Al-Quran,sebahagian manusia tidak mampu untuk memahami dua keadaan ini.
Tetapi sebahagian yang lain mendakwa bahawa bumi berputar pada paksinya.
Antaranya ialah Abu Raihan Muhammad bin Ahmad dan Abu Said Ahmad
Assajzi.
Manusia
tidak akan dapat merasa pergerakan dan peredaran bumi sepertimana dapat
merasa dan melihat akan pergerakan bulan dan matahari.Manusia merasakan
seolah-olah berkedudukan tetap di atas permukaan bumi begitu juga
dengan semua makhluk yang lain.
Kelajuan putaran bumi bersifat tidak tetap. Ianya berubah mengikut perubahan garis lintang..
Kawasan kutub : 0 Darjah
Kawasan garis lintang : 50 Darjah (Mencecah 316 km/s).
Kawasan khatulistiwa : Mencecah 465 km/s
Bumi
berputar pada paksinya dengan satu putaran yang sempurna pada setiap 23
jam 25 saat dan 4 detik. Perkiraan ini mengikut putaran yang berlaku
pada tempoh melihat bintang pada kedudukannya dan melihatnya pada kali
kedua pada kondisinya. Tempoh ini dinamakan sebagai Sidereal Day ( اليوم النجمي)
Akan tetapi (اليوم الشمسي ) Solar Day lebih panjang tempohnya berbanding dengan Sidereal Day sebanyak 3 minit 4 saat menjadikan tempoh putaran sempurna iaitu 24 jam.
Putaran
lengkap bumi dari timur ke barat menyebabkan berlakunya fenomena
kejadian siang dan malam yang mana sebelah permukaan bumi menjadi terang
dan sebelah lagi menjadi gelap. Sekiranya bumi tidak berputar pada
paksinya secara berterusan, nescaya sebelah permukaan bumi akan sentiasa
terang dan sebelahnya lagi sentiasa gelap. Keadaan ini memustahilkan
untuk manusia hidup di atas muka bumi ini.