Monday 29 October 2012

Soalan sains microorganisma Tahun 5

1.Antara yang berikut , yang manakah merupakan mikroorganisma ?
  
A semut                        B   Lembu

C Kulat                         D  Cacing tanah

2.Antara mikroorganisma berikut , yang manakah paling kecil ?

A Protozoa                 B  Virus

C Bakteria                  D Kulat

3.Antara makanan berikut , yang manakah menggunakan yis dan kacang soya ?
 A Roti              B   Antibiotik            C   Tempe                  D    Tapai
http://www.slideshare.net/marziana80/peta-minda-sains-tahun-456

Friday 26 October 2012

KEMAHIRAN SAINS


Kemahiran Mengeksperimen

12. Kemahiran Mengeksperimen

Takrif
          menyiasat iaitu merancang, memanipulasi pembolehubah dan menguji 
hipotesis untuk membuat keputusan


Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains.
Anda mengeksperimen dengan merancang penyiasatan, bermula dengan membina
hipotesis dan menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan malar.
Seterusnya anda merekabentuk kaedah mengumpul data, diikuti dengan pelaksanaan
mengumpul data, mentafsir maklumat, menerangkan hasil eksperimen dan membuat
kesimpulan atau keputusan.
Mengeksperimen tidak sama dengan menjalankan eksperimen kerana menjalankan
eksperimen bererti anda hanya melaksanakan langkah-langkah penyiasatan yang telah
disediakan kepada anda.

Hasil eksperimen disebarkan kepada umum melalui penulisan laporan amali. Maklumat
yang perlu ada ialah
1.Penyataan masalah atau soalan kajian yang dikaji
2.Penyataan hipotesis yang diuji
3.Penyataan tentang pembolehubah
4.Penerangan tentang langkah-langkah penyiasatan yang dijalankan
5.Jadual untuk merekod bacaan termasuk bilangan penyiasatan yang dijalankan
6.Graf jika berkaitan
7.Penyataan yang menghubungkait pembolehubah-pembolehubah
8.Perbandingan di antara dapatan eksperimen dan hipotesis untuk mengenalpasti samada
   hipotesis diterima atau disangkal.

Aktiviti
1.      
Dengan menggunakan bahan-
bahan yang dipaparkan:
1 gabus,6 keping plastik sebagai
kipas roda,1 pisau,1 lidi satay,
2 botol air mineral, salur getah dan corong
1. Bina satu roda air.
Berhati-hati semasa menggunakan
pisau untuk memotong gabus.
2. Kaji dua faktor yang mempengaruhi
 kadar pusingan roda air.


3. Nyatakan secara terperinci
semua kemahiran proses sains yang terlibat dalam eksperimen ini.                                                                                                                           











2. Dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah (seperti di dalam gambar rajah)
seperti tuala, plastik,pembaris panjang, bekas bulu tangkis dan guli,
Jalankan eksperimen untuk menentukan rintangan pada permukaan yang berbeza.
Nyatakan kemahiran proses yang terdapat dalam eksperimen secara terperinci.

Saturday 20 October 2012

Mikroorganisma

 Mikroorganisma

1. Micro bermaksud seni dan organism bermaksud hidupan.
    Microorganism bermaksud hidupan seni (kecil).
2. Mikroorganisma terdapat disekeliling kita. Contohnya, di udara, di dalam air, makanan, tanan dan  di         dalam badan kita.
3. Mikroorganisma adalah tersangat kecil sehingga tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Kita perlu menggunakan mikroskop untuk meihat mikroorganism.
4. Mikroorganisma wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz




Jenis Mikroorganisma
1. Terdapat empat jenis mikroorganisma yang utama:
(a) bakteria
(b) virus
(c) fungi
(d) protozoa



                                                      Gambar foto 1.1 Jenis-jenis mikroorganisma
  2. Bakteria
      (a) Bakteria ialah organisma yang sangat kecil.
      (b) Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan Bakteria
           boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya (Rajah 1.1).



      (c) Bakteria terdapat di udara, di dalam air, di dalam tanah serta di permukaan yang kamu sentuh. Bakteria hidup di dalam tubuh kamu juga.
      (d) Bakteria membiak sangat cepat pada suhu yang sesuai dengan kehadiran air dan makanan yang  mencukupi.
      (e) Bakteria membiak sangat aktif di tempat yang hangat, gelap, lembab dan kotor.
      (f) Kebanyakan bakteria tidak bebahaya dan berguna kepada kita. Namun begitu, sesetengah bakteria menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, sakit kerongkong dan sebagainya.
      (g) Bakteria yang menyebabkan penyakit di kenali sebagai kuman.



3.Virus
     (a) Virus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop yang paling tinggi kuasanya.
     (b) Virus boleh menjangkiti tumbuhan, haiwan dan bakteria.
     (c) Deman selesema adalah disebabkan oleh virus. Virus bertanggungjawab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan membawa maut seperti AIDS.


4. Protozoa
    (a) Protozoa lebih besar daripada virus dan bakteria.
    (b) Protozoa ialah organisma akuatik.
    (c) Protozoa juga ada yang tidak berbahaya dan ada yang berbahaya. Demam malaria adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis protozoa.



5. Fungi
    (a) Fungi adalah yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma.
    (b) Fungi hidup di dalam tanah, pada sampah-sarap, di atas organisma lain dan juga pada makanan kita.
    (c) Fungi membiak daripada spora.
    (d) Cendawan, kulapuk dan yis (ragi) adalah contoh-contoh fungi.
    (e) Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop.
    (f) Seperti bakteria, kebanyakan fungi tidak berbahaya dan berguna kepada kita. Walau bagaimanapun, ada juga fungi yang boleh menyebabkan penyakit.

6. Mikroorganisma menjalankan proses hidup seperti bernafas, membesar dan bergerak apabila dibekalkan dengan keperluan asas dan persekitaran yang sesuai.










Sunday 14 October 2012

Proses Hidup Tumbuhan

Nota Ulangkaji Sains Tahun 4 Tumbuhan Membiak

PROSES HIDUP TUMBUHAN




Pada hari Jumaat lepas bersamaan dengan 30-Mac-2012, saya masuk ke kelas tahun 4 untuk memulakan topik baru iaitu Tumbuhan Membiak.

Soalan diajukan kepada murid secara rawak
1) Siapa pernah menanam pokok? atau pokok bunga?
2) Bagaimana kamu tanam? Menggunakan apa? Biji? Batang atau apa?

Kebanyakan murid dapat menjawab dengan baik dan memberikan respon yang amat baik. Secara rawak 15 orang murid daripada 34 orang pernah menanam pokok dengan berbagai jenis.

Saturday 6 October 2012

Haba


1.  Haba ialah satu bentuk tenaga.
2.  Kita tidak boleh melihat haba . Kita boleh merasa haba.
3.  Haba menyebabkan objek menjadi panas.
4.  Apabila suatu bahan memperoleh haba , bahan itu menjadi semakin panas.
5. Apabila sesuatu bahan kehilangan haba , bahan itu semakin sejuk.
6. Termometer digunakan untuk mengukur darjah kepanasan sesuatu bahan.







7. Termometer merekodkan suhu suatu bahan.
8. Suhu ialah ukuran panas atau sejuk sesuatu objek.
9. Apabila mengambil bacaan  suhu suatu bahan , mata mestilah berada sama aras dengan aras   
    meniskus cecari di dalam termometer.