1. Haba ialah satu bentuk tenaga.
2. Kita tidak boleh melihat haba . Kita boleh merasa haba.
3. Haba menyebabkan objek menjadi panas.
4. Apabila suatu bahan memperoleh haba , bahan itu menjadi semakin panas.
5. Apabila sesuatu bahan kehilangan haba , bahan itu semakin sejuk.
6. Termometer digunakan untuk mengukur darjah kepanasan sesuatu bahan.
7. Termometer merekodkan suhu suatu bahan.
8. Suhu ialah ukuran panas atau sejuk sesuatu objek.
9. Apabila mengambil bacaan suhu suatu bahan , mata mestilah berada sama aras dengan aras
meniskus cecari di dalam termometer.
No comments:
Post a Comment