Kemahiran Mengeksperimen
Takrif
menyiasat iaitu merancang, memanipulasi pembolehubah dan menguji
hipotesis untuk membuat keputusan
Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains.
Anda mengeksperimen dengan merancang penyiasatan, bermula dengan membina
hipotesis dan menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan malar.
Seterusnya anda merekabentuk kaedah mengumpul data, diikuti dengan pelaksanaan
mengumpul data, mentafsir maklumat, menerangkan hasil eksperimen dan membuat
kesimpulan atau keputusan.
Mengeksperimen tidak sama dengan menjalankan eksperimen kerana menjalankan
eksperimen bererti anda hanya melaksanakan langkah-langkah penyiasatan yang telah
disediakan kepada anda.
Hasil eksperimen disebarkan kepada umum melalui penulisan laporan amali. Maklumat
yang perlu ada ialah
1.Penyataan masalah atau soalan kajian yang dikaji
2.Penyataan hipotesis yang diuji
3.Penyataan tentang pembolehubah
4.Penerangan tentang langkah-langkah penyiasatan yang dijalankan
5.Jadual untuk merekod bacaan termasuk bilangan penyiasatan yang dijalankan
6.Graf jika berkaitan
7.Penyataan yang menghubungkait pembolehubah-pembolehubah
8.Perbandingan di antara dapatan eksperimen dan hipotesis untuk mengenalpasti samada
hipotesis diterima atau disangkal.
Aktiviti
1.
Dengan menggunakan bahan-
bahan yang dipaparkan:
1 gabus,6 keping plastik sebagai
kipas roda,1 pisau,1 lidi satay,
2 botol air mineral, salur getah dan corong
1. Bina satu roda air.
Berhati-hati semasa menggunakan
pisau untuk memotong gabus.
2. Kaji dua faktor yang mempengaruhi
kadar pusingan roda air.
3. Nyatakan secara terperinci
semua kemahiran proses sains yang terlibat dalam eksperimen ini.
2. Dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah (seperti di dalam gambar rajah)
seperti tuala, plastik,pembaris panjang, bekas bulu tangkis dan guli,
Jalankan eksperimen untuk menentukan rintangan pada permukaan yang berbeza.
Nyatakan kemahiran proses yang terdapat dalam eksperimen secara terperinci.
No comments:
Post a Comment