Wednesday 14 November 2012

KEJADIAN SIANG DAN MALAM


 Bumi bergerak dalam dua keadaan: 

1) Berputar pada paksinya. 
- Menyaksikan bahawa bumi berputar pada paksinya dari arah timur ke barat. Bagi menghasilkan satu putaran yang sempurna, ia mengambil masa selama sehari. 

2) Beredar dalam garisan orbitnya. 
- Menyaksikan bumi beredar mengelilingi matahari dari arah timur ke barat pada garisan orbitnya.Bagi menghasilkan satu peredaran putaran yang sempurna ianya mengambil masa selama setahun. 

Terdapat banyak pandangan dan persepsi mengenai pergerakan bumi.Ketika penrunan Al-Quran,sebahagian manusia tidak mampu untuk memahami dua keadaan ini. Tetapi sebahagian yang lain mendakwa bahawa bumi berputar pada paksinya. Antaranya ialah Abu Raihan Muhammad bin Ahmad dan Abu Said Ahmad Assajzi. 

Manusia tidak akan dapat merasa pergerakan dan peredaran bumi sepertimana dapat merasa dan melihat akan pergerakan bulan dan matahari.Manusia merasakan seolah-olah berkedudukan tetap di atas permukaan bumi begitu juga dengan semua makhluk yang lain. 

Kelajuan putaran bumi bersifat tidak tetap. Ianya berubah mengikut perubahan garis lintang.. 
Kawasan kutub : 0 Darjah 
Kawasan garis lintang : 50 Darjah (Mencecah 316 km/s). 
Kawasan khatulistiwa : Mencecah 465 km/s 

Bumi berputar pada paksinya dengan satu putaran yang sempurna pada setiap 23 jam 25 saat dan 4 detik. Perkiraan ini mengikut putaran yang berlaku pada tempoh melihat bintang pada kedudukannya dan melihatnya pada kali kedua pada kondisinya. Tempoh ini dinamakan sebagai Sidereal Day ( اليوم النجمي) 

Akan tetapi (اليوم الشمسي ) Solar Day lebih panjang tempohnya berbanding dengan Sidereal Day sebanyak 3 minit 4 saat menjadikan tempoh putaran sempurna iaitu 24 jam. 

Putaran lengkap bumi dari timur ke barat menyebabkan berlakunya fenomena kejadian siang dan malam yang mana sebelah permukaan bumi menjadi terang dan sebelah lagi menjadi gelap. Sekiranya bumi tidak berputar pada paksinya secara berterusan, nescaya sebelah permukaan bumi akan sentiasa terang dan sebelahnya lagi sentiasa gelap. Keadaan ini memustahilkan untuk manusia hidup di atas muka bumi ini. 

5 comments: